Setiap Bulan, Sebarkan Cahaya Kalam Allah ke Pelosok Dunia
Misi utama: Mengagihkan mushaf baharu kepada pelajar dan masyarakat di kawasan pedalaman setiap bulan.
Di pedalaman Indonesia, perjuangan memahami Al-Quran adalah perjuangan harian.
Bukan dentuman bom yang mereka dengar tetapi suara anak-anak mengeja huruf demi huruf tanpa mushaf di tangan.
Dari Garut hingga Lombok, dari Aceh hingga Papua ramai yang ingin membaca Kalam Allah,
namun tidak pernah memiliki Al-Quran sendiri.
Kanak-kanak menangis bukan kerana lapar,tetapi kerana ingin membaca ayat Allah seperti rakan mereka
Ibu tunggal berdoa setiap malam, agar anaknya dapat satu mushaf untuk dihafaz sebelum Ramadan tiba.
Namun mereka tetap belajar, mereka tetap berharap dan mereka tidak dilupakan.
Di pedalaman Indonesia, cahaya Al-Quran sedang diperjuangkan setiap hari. Di Garut, Lombok, Aceh, hingga Papua, bukan bunyi bom yang mereka dengar, tetapi suara anak-anak mengulang huruf demi huruf, tanpa mushaf di tangan.
Namun, mereka tetap belajar. Mereka tetap berharap. Mereka menunggu seseorang untuk menghantar mushaf yang akan mengubah hidup mereka.
Melalui kempen ini, kami melancarkan “Misi Cahaya Al-Quran” di seluruh alam, mercu tanda hidayah di tanah yang dahagakan ilmu dan cahaya iman. Setiap mushaf yang kami agihkan adalah mesej senyap yang mengatakan: “Kami nampak kamu. Kami peduli. Kami tidak akan biarkan kamu tanpa Kalam Allah.”
Sila pilih sama ada anda ingin infak secara harian, mingguan dan bulanan. kemudian tekan nilai yang anda ingin sumbang secara tetap.