MISI INFAQ QURAN

Setiap Bulan, Sebarkan Cahaya Kalam Allah ke Pelosok Dunia

Sokongan dan Kerjasama

300,000+

naskhah quran telah berjaya diagihkan di Indonesia, Selatan Thailand dan Malaysia

90

pejuang aktif sekarang

1 Juta

sasaran naskhah al quran untuk diagihkan setiap tahun

Bagaimana Proses Infaq Al Quran Berlaku

Pengumpulan dana

Percetakan al Quran

Penghantaran

Dokumentasi dan doa

Lokasi Agihan

Indonesia

Selatan Thailand

Malaysia

Kenapa Kutipan & Agihan Dilakukan

Kerana masih ramai yang belum merasai nikmat memiliki Al-Quran sendiri. Di pedalaman dari Garut hingga ke Aceh, dari Lombok hingga ke Papua, anak-anak belajar mengeja huruf demi huruf tanpa mushaf di tangan.

Ada yang berkongsi satu Al-Quran untuk sepuluh pelajar. Ada pula ibu tunggal yang berdoa setiap malam agar anaknya mampu hafaz walau mushafnya koyak dan lusuh. Setiap hari, mereka menunggu. bukan menunggu bantuan makanan, tetapi menunggu peluang untuk mengenal ayat-ayat Allah.

Inilah sebab kami menggerakkan kutipan dan agihan ini. Kutipan ini bukan sekadar dana. Ia adalah tali penghubung antara hati yang memberi dan jiwa yang mencari hidayah.

Melalui sumbangan ini:

  • Setiap mushaf baharu sampai ke tangan pelajar, asnaf, dan muallaf yang benar-benar memerlukannya.
  • Setiap agihan menjadi bukti bahawa ummah masih peduli.
  • Setiap infaq menjadi saksi cinta kepada Al-Quran — amal yang terus mengalir walau penyumbangnya telah tiada.

Dengan setiap sumbangan ini, bukan sekadar memberi tetapi membantu kami meneruskan agihan Al-Quran setiap minggu ke tempat-tempat yang paling memerlukan, di mana setiap mushaf menjadi cahaya harapan bagi mereka yang menunggu.

Ayuh bersama kami dalam perjuangan menyebarkan cahaya Al-Quran ke seluruh alam.

Agihan Terdahulu

Pak cik mak cik, terima kasih kerana membantu saya memiliki al quran sendiri!!
TERIMA KASIH KERANA MENJADI SEBAHAGIAN DARI MISI INI

Kongsi Ke:

Facebook
WhatsApp
Telegram