Sebarkan Cahaya Al-Quran ke Seluruh Alam
Setiap al Quran yang anda infaqkan menjadi cahaya hidayah kepada mereka yang belum memiliki Al-Quran sendiri.
Mengapa Infaq Al-Quran
Infaq Al-Quran bukan sekadar sumbangan material. Ia adalah pelaburan akhirat yang mengubah kehidupan seseorang, membina keluarga beriman dan masyarakat bertamadun berasaskan wahyu.
Setiap Sumbangan Anda Membawa Cahaya
Setiap al Quran yang anda sumbangkan menjadi cahaya hidayah kepada keluarga dan pelajar di tiga negara serumpun. Bersama kita teruskan misi membawa Kalam Allah ke seluruh pelusuk dunia.
Yayasan Ammirul Ummah amat menghargai sokongan dan kepercayaan yang diberikan oleh pelbagai syarikat, institusi dan organisasi dalam menjayakan program Infaq Al-Quran, Kit Solat Ummah dan Foodbank Asnaf.
Masih Ramai Belum Memiliki Al-Quran Sendiri
Di pelusuk Indonesia dan Selatan Thailand, ribuan pelajar, anak yatim, dan masyarakat yang kurang berkemampuan masih berdepan cabaran besar ketiadaan Al-Quran peribadi.
Mereka terpaksa belajar dan menghafaz secara bergilir-gilir, bahkan ada yang berkongsi satu naskhah. Bayangkan kesukaran untuk mendalami kalamullah tanpa al quran sendiri, menghambat usaha mereka untuk beribadah dan menuntut ilmu.
Sertailah kami dalam perjuangan ini. Sumbangan anda dapat membantu seorang insan mengenal Kalam Allah dan membina masa depan berasaskan cahaya wahyu.
Kempen Aktif & Misi Kutipan Semasa
Kami sentiasa melaksanakan pelbagai kempen infaq Al-Quran di seluruh rantau Asia Tenggara dan dunia untuk memastikan cahaya Kalam Allah terus tersebar.
Kami sedang mengumpulkan 10,000 Pejuang Al-Quran yang sanggup berjuang setiap bulan untuk memastikan agihan Al-Quran tidak pernah terhenti.
Sebagai Pejuang Al-Quran, anda bukan sekadar penyumbang โ anda adalah sebahagian daripada gerakan besar menyebarkan Kalam Allah ke seluruh alam.
Laporan & Bukti Agihan Sebenar
Kami percaya setiap sumbangan mesti disampaikan dengan amanah dan dilaporkan dengan telus. Setiap minggu, laporan agihan Al-Quran beserta gambar dan lokasi penerima dikongsi kepada para penyumbang.
- Setiap Minggu Agihan al Quran Dilaksanakan.
- Al Quran disampaikan berdasarkan ke tempat yang memerlukan
- Semua penerima disahkan oleh pasukan lapangan Yayasan Ammirul Ummah.
Setiap penyumbang menerima:
- Gambar agihan di lokasi sebenar.
- Lokasi dan nama kawasan penerima.
- Doa dan ucapan terima kasih daripada penerima.
"Sesungguhnya Allah mencintai orang-orang yang apabila mereka diberi amanah, mereka menunaikannya dengan sempurna." (Al-Mu'minun, 23:8)